Maxis Bhd sumbang RM500,000 untuk bantuan Covid-19
|Kuala Lumpur: Syarikat telekomunikasi, Maxis Bhd (Maxis) menyumbang RM500,000 kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk bantuan Covid-19.
Ia bagi agihan kira-kira 5,000 kotak makanan kepada masyarakat yang terjejas akibat pandemik itu selain diperuntukkan untuk makanan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara.
Maxis dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan itu juga sebahagian daripada RM1 juta yang dijanjikan oleh Maxis untuk inisiatif ‘To Malaysia, With Love’ yang dilancarkan baru-baru ini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan turut disokong oleh pemain industri telco lain.
Maxis diwakili Pengerusinya Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Ketua Pegawai Eksekutif Gokhan Ogut menyampaiksan sumbangan itu kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun yang juga Pengerusi YKN.
Dalam pada itu, Rina berkata, Covid-19 menjejaskan pendapatan dan mata pencarian ramai pihak terutama golongan B40 dan miskin.
“Kami menghargai usaha Maxis untuk bekerjasama dengan YKN dan menyumbang kepada yayasan. Ini selari dengan misi kami untuk membantu aspirasi kerajaan menambah baik kualiti hidup rakyat.
“Bantuan makanan sangat diperlukan untuk membantu masyarakat pada masa yang sukar ini,” katanya.
Gokhan pula berkata, tanggungjawab pihaknya sebagai organisasi untuk membantu komuniti yang memerlukan dan berharap kerjasama dengan YKN dapat menggerakkan bantuan kepada mereka yang terkesan.
“Misi YKN dan usaha tanpa lelah mereka amat terpuji dan memberi inspirasi,” katanya.
Fasa pertama pengagihan 2,000 kotak makanan bernilai RM200,000 akan dilakukan secara berperingkat pada awal Januari kepada rakyat Sabah, terutama di Kota Belud, Putatan, Penampang dan beberapa kampung terpencil di Pensiangan.

Setiap kotak makanan merangkumi bekalan barang keperluan selama sebulan termasuk beras, minyak masak, gula, garam, sardin, mi, biskut dan kopi atau teh. Fasa berikutnya akan diedar bermula Januari hingga Mei.
- Bau busuk umpama bangkai, Misteri ketuk pintu kini di Pahang
- Maxis Bhd sumbang RM500,000 untuk bantuan Covid-19
- kegemparan !! Misteri ketukan pintu di Jerantut
- Saringan Covid-19: Tindakan undang-undang jika majikan ingkar
- Misteri ketukan pintu, bau busuk di Jerantut
- jawatan kosong di majlis peperiksaan malaysia (mpm) 2020
- Peluang Jawatan Kosong Tabung Haji (TH) 2020
- jawatan kosong maktab mahmud Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2020
- Kes Covid-19 Malaysia dah capai 100,318