Kes Covid-19 Malaysia dah capai 100,318

Kes Covid-19 Malaysia dah capai 100,318

Putrajaya: Rakyat terus diingatkan untuk kekal menjaga prosedur operasi standard (SOP) kerana negara kini sudah mencatatkan kes kumulatif Covid-19 sebanyak 100,318 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata rakyat Malaysia juga diharap dapat mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan ahli ahli keluarga dan rakan-rakan dengan mengamalkan norma baharu seperti elakkan sembang dari jarak dekat serta menggunakan pelitup muka.

“Elakkan daripada berkumpul dalam jangka masa yang lama kerana ia akan meningkatkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

“Selain itu, hendaklah sentiasa amalkan kebersihan kendiri dengan kerap mencuci tangan dan juga menjaga kebersihan persekitaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut mengucapkan Selamat Hari Natal kepada warga Malaysia yang akan menyambut perayaan ini.

“Pada tahun ini, kita akan meraikan sambutan Hari Natal dengan norma baharu berbanding tahun-tahun yang lalu.

“Sejajar dengan perkembangan teknologi telekomunikasi terkini, rakyat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan panggilan video sebagai gantian amalan ziarah-menziarahi sekaligus dengan amalan baharu ini.

“Dengan amalan baharu ini kita dapat melindungi warga tua dan kumpulan-kumpulan rentan daripada dijangkiti Covid-19,” katanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *